Khamis, 4 Julai 2013
Cinta Sejati
sebuah cerita dari seseorang :
Aku adalah seorang jururawat di sebuah Klinik Kesihatan Desa. Pada pagi itu, klinik agak sibuk. Sekitar jam 09:30 pagi, seorang pakcik yang berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jarinya. Aku menyiapkan peralatan & memintanya untuk menunggu, sebab semua doktor masih sibuk. Mungkin dia dapat berurusan dengan doktor paling cepat pun 1 jam lagi.
Sewaktu menunggu, pakcik tua itu nampak gelisah. Kejap-kejap, matanya kan melirik ke jam tangan usangnya. Aku merasa kasihan. Jadi, ketika free, aku sempatkan diri untuk memeriksa lukanya. Oh.. Luka dia dah sembuh dan kering. Tinggal membuka jahitan dan memasang bandage baru sahaja. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar dan rumit. "Aku boleh settlekan pakcik ni nih..’’ bisikku di hati. Setelah meminta kebenaran dari doktor bertugas, aku putuskan untuk melakukannya sendiri..
Sambil merawat lukanya, aku bertanya "Pakcik ada temujanji lain ye ? Saya tengok dari tadi pakcik macam rushing je ?? " soalku ramah. Sambil tersenyum pakcik tua itu menjawab " Tidak, pakcik hendak ke rumah rawatan orang tua. Pakcik nak makan tengah hari bersama isteri pakcik "..
Dia menceritakan bahawa, pada setiap hari dia akan ke sana untuk berjumpa dengan isterinya. Isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa tahun yang lampau kerana disahkan mengidap penyakit ALZHEIMER
Lalu aku bertanya "Adakah isteri pakcik akan marah kalau pakcik datang lambat ??", Dia menjawab "Isteri pakcik takkan marah bahkan dia sudah tidak lagi mangenali pakcik sejak 5 tahun yang lalu"
Aku sangat terkejut dan berkata : "Pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik sudah tidak mengenali pakcik?"
Dalam nada yang tenang dia membalas: "Dia memang tidak mengenali pakcik, tapi pakcik masih mengenali dia"
Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi. SubhaanAllah.. !! Tulus dan sucinya cinta dia kepada isterinya biarpun si isteri sudah tidak mengenalinya lagi..
***********
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini :
* Cinta sesungguhnya tidak bersifat kebendaan
* Cinta sejati » menerima apa adanya :
☑ yang terjadi saat ini
☑ yang sudah terjadi
☑ yang akan terjadi
☑ yang tidak akan pernah terjadi.
0 Comments