Jumaat, 3 Mei 2013
Cara Mengatasi Bibir Merekah
Penggunaan lipstik yang kerap boleh mengakibatkan bibir jadi hitam dan pucat setiap kali
tidak memakai lipstik..Jadi jangan bergantung lipstik semata-mata untuk bibir tampak merah..
Ada cara lain yang lebih berkesan untuk pastikan bibir sentiasa nampak sehat,segar,
bebas dari pecah-pecah dan sentiasa merah..
1- Setiap kali berus gigi,berus perlahan-perlahan bibir dengan arah ke kanan dan ke kiri
secara berganti-ganti..
2- Potong tomato kepada 2 bahagian,kemudian sapukan hirisan-hirisan tomato ke bibir
selama 10-15 minit..Buat rutin 2-3 kali sehari selama seminggu..
3- Sapukan bibir dengan madu setiap kali ada masa terluang terutamanya sebelum tidur..
Buat urutan-urutan ringan pada bibir..Madu baik untuk melembapkan dan memerahkan
bibir secara kekal..
4- Kerap memakan buah-buahan segar..Bibir akan nampak segar tanpa perlu memakai
pelembap..
5- Pakailah lipbalm/pelembap untuk bibir di siang hari bagi memastikan bibir
kekal lembap dan tidak kering..
0 Comments