Isnin, 13 Mei 2013

Petua Menghilangkan Bau Ketiak


Pernah tak ada sesiapa bagitau korang yang ketiak korang busuk atau badan berbau? mesti tak ada kan? Untuk megelakkan kita menjadi bahan umpatan atau menjadi pencemar udara,lebih baiklah kita amalkan beberapa petua di bawah ni..
Korang harus memilih cara yang terbaik yang sesuai untuk korang gunakan setiap hari bagi menghilangkan masalah bau ketiak..
Tips Menghilangkan Bau Ketiak :

1- Setiap hari, apabila mandi sila amalkan menggosok kedua ketiak korang dengan lutut..Dinasihatkan agar mengamalkan setiap hari agar bau ketiak hilang..

2- Gumpal beberapa daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan air yang bewarna hijau..Sapukan air tersebut pada kedua-dua belah ketiak sebelum mandi..Amalkan setiap hari..

3- Ambil tiga atau empat biji limau nipis..Potong kesemua limau nipis tersebut dan selepas mandi, sila gosokkan limau tersebut pada bahagian ketiak anda yang berbau..Sila amalkan setiap hari sehingga bau ketiak hilang..

4- Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat..Kemudian gosokkan pada ketiak sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih..

5- Ambil beberapa biji pisang yang sudah masak dan kupas kulitnya..Ambil kulit tersebut dan sapukan di celah-celah ketiak yang berbau selama beberapa minit sebelum mandi..Kamudian basuh dengan air sabun ketika mandi..Dinasihatkan juga agar korang sapu dengan limau nipis dan campurkan sedikit dengan kapur selepas mandi..Bersihkan dengan air bersih dan amalkan setiap hari agar bau ketiak hilang..

6- Gosok kedua-dua belah ketiak korang dengan belakang tapak tangan..Amalkan setiap kali bila mandi..

7- Sapu sedikit kapur makan pada kedua-dua belah ketiak sebelum mandi..Biar selama 15 minit dan bersihkan dengan air bersih untuk menghilangkan bau ketiak..

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan